Sunday, November 7, 2010

gaya pembelajaran p&p yang terbaik punyew (n_n)

Teknik-teknik pembelajaran adalah kemahiran khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Dalam bilik darjah, pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Setiap guru harus menggunakan kaedah dan teknik dalam p&p yang berkesan untuk memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu hasil pembelajaran dalam masa yang pendek. Untuk memastikan pelajar selesa dan memahami dalam semua pelajaran, sebagai seorang guru seharusnya mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Guru perlulah mempergayakan pembelajarannya dengan pelbagai cara.

Kaedah

Gaya Pembelajaran

Bantuan Belajar

Visual

· Menggunakan peta minda

· Menggantikan perkataan kepada simbol

· Tukarkan frasa kepada imej.

· Membina semula imej dalam bentuk yang lebih menarik.

Auditori

· Mengajar orang lain

· Merakamkan rumusan

· Membaca dengan kuat

· Menggunakan kumpulan belajar.

Kinestatik

· Wujud model untuk dimanipulasi

· Menggunakan nota rumusan

· Menggunakan lakaran

Setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Oleh itu, terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. Untuk meningkatkan TPP saya dalam kos Binaan Bangunaan, saya akan menggunakan kaedah-kaedah mengajar yang melibatkan visual, auditori dan kinestetik untuk menentukan pelajar dapat belajar dengan berkesan.

Pada pendapat saya kan, kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagaimana yang kita ketahui, pelajar berbeza dalam gaya pembelajaran seperti visual, lisan dan kinestetik dan sebagai guru seharusnya menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik minat pelajar. (n_n),,

kepada siapa-siapa yang baru jadi cikgu,cubalah guna kaedah ini ye...

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasulullah Saw bersabda:

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?'

Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima orang:

Pertama - orang yang meninggalkan solat

Kedua - orang yang tidak mau keluarkan zakat

Ketiga - orang yang derhaka kepada ibu dan bapanya.

Keempat - orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.

Kelima - orang yang suka minum arak.


antara kelima lima itu mesti yang pertama n ketiga kita pernah melakukannya kn..kita renungkan bersama...

oleh itu,ubahlah sikap kita (n_n)

Sunday, July 25, 2010

halooooOOOO~~

ari ni agak serabut n malas sagat2..
lecturer pulak bagi assignment last minutes..
da ar kena antar ari jumaat ni...
huhuhuhu..